SARAWAK

Milford Sound in New Zealand

SPDP terus mantapkan jentera parti

Tuesday 17 April 2012

Dhia Daniel

 | April 16, 2012

Presidennya, Tan Sri William Mawan Ikom menegaskan mereka tidak akan tunduk mudah kepada pihak yang terus cuba mensabotaj serta memandang rendah terhadap SPDP.







BAU: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan memantapkan lagi jentera parti itu dalam menempuhi cabaran pihak yang cuba menentang mereka dalam pilihan raya umum akan datang terutamanya di kerusi Parlimen Mas Gading.
Presidennya, Tan Sri William Mawan Ikom menegaskan mereka tidak akan tunduk mudah kepada pihak yang terus cuba mensabotaj serta memandang rendah terhadap SPDP.
“Kepada pihak-pihak yang terus berusaha untuk menstabotaj dan memandang rendah terhadap SPDP, kita akan memantap dan meningkatkan jentera kita di semua kerusi yang diwakili oleh SPDP.
“Ini bagi memastikan perpaduan pakatan Barisan Nasional (BN) terpelihara. Kita mempunyai sumber, keupayaan dan komitmen untuk memastikan kepentingan parti tidak dipandang enteng,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama dalam majlis Jamuan Malam Perpaduan Barisan Nasional (BN) di Dewan Suarah Bau.
Menyentuh mengenai kumpulan lima atau G5, Menteri Kanan merangkap Menteri Pembangunan Sosial itu memberitahu sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat sebelum ini, pihaknya akan membenarkan mereka terus berkhidmat seperti sedia ada hasil kemenangan daripada SPDP dan tiket BN.
“Tolong jangan bertindak lebih kerana anda tidak perlu menikam kita dari belakang, menyekat atau melakukan sesuatu yang tidak berfaedah kepada BN,” tegas Mawan kepada G5 itu.
Hadir sama, Timbalan Presiden SPDP, Datuk Seri Tiong King Sing; Presiden Seumur Hidup, Datuk Peter Nyarok serta barisan anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu.

0 comments:

Post a Comment