SARAWAK
Anak Taib calon MP Kota Samarahan?
Posted by
GERAKAN MAYA ANAK MUDAK SARAWAK (GAMMA)
at
02:58
Tuesday 17 April 2012
Dhia Daniel | April 17, 2012
Seorang penduduk menyifatkan Taib Mahmud sebagai bapa pembangunan Sarawak dan pencalonan anaknya Mahmud dapat meneruskan perjuangan politik bapanya.
ASAJAYA: Dato’ Sri Mahmud Abu Bekir Taib, anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud disarankan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kawasan Parlimen Kota Samarahan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Hasrat itu disuarakan oleh majoriti golongan petani di Kampung Rebak di sini hari ini yang menyatakan sokongan kepada beliau menerusi kain rentang.
Kain rentang itu tertulis: ‘Kami pengundi akar umbi P197 Kota Samarahan mencadangkan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib sebagai calon dalam pilihan raya yang akan diadakan dalam masa terdekat ini, mewakili BN (PBB) di kawasan kami, kami memberi sokongan yang penuh’.
Haji Jais Deli, 81, dari Kampung Asajaya Ulu berkata, rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Asajaya menyokong Mahmud sebagai calon di kawasan itu pada pilihan raya Parlimen akan datang.
Beliau yang menyifatkan Taib sebagai bapa pembangunan Sarawak menyatakan pencalonan anaknya Mahmud dapat meneruskan perjuangan politik bapanya yang cukup rapat dengan rakyat di kawasan itu.
“Pemilihan Mahmud amat sesuai untuk meneruskan legasi perjuangan bapanya membawa pembangunan kepada masyarakat di Bahagian
Samarahan, lagi pun dia masih muda dan sangat berkaliber untuk menjadi seorang pemimpin,” katanya.
Idris Ulin, 45 berkata, Mahmud merupakan individu terbaik untuk meneruskan pembangunan di Bahagian Samarahan.
Menurutnya, walaupun kawasan lain turut menaruh harapan yang tinggi untuk mencalonkan Mahmud dalam pilihan raya kali ini keutamaan harus diberi kepada Parlimen Kota Samarahan.
“Mahmud adalah seorang anak muda yang berwibawa, berpendidikan tinggi, berpengaruh dan lahir dalam keluarga politik yang dapat meneruskan kesinambungan pembangunan di Bahagian Samarahan,” ujarnya.
Katanya, bapa beliau Taib cukup dekat di hati masyarakat Bahagian Samarahan kerana telah banyak membawa pembangunan seperti yang dikecapi penduduk pada hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2012
(39)
-
▼
April
(39)
- Bagaimana Taib Memperolehi Mega-Juta Dari Projek-P...
- No electricity, but old folk get laptops
- DATUK MALIK NOOR BERSAMA TG NIK AZIZ
- TG HADI BERTEMU MATA DENGAN YANG DIPERTUAN AGUNG
- BOB KUMAN BERJUMPA TOK GURU NIK AZIZ
- PAS DITERIMA DI RUMAH PANJANG
- GAMBAR DI MALAYSIA...
- RANCANGAN REALITI TV
- SALAH TEMPAT GANTUNG ATAU...MEMANG SENGAJA
- SEKOLAH DIJADIKAN TEMPAT POLITIK...
- Sarawak Chief Minister accused of abusing Bakun da...
- SPDP terus mantapkan jentera parti
- Polis Sarawak perlu 1,000 anggota tambahan hadapi ...
- Anak Taib calon MP Kota Samarahan?
- SUDAH LAMA BERLAKU PENYELEWENGAN
- FAKTA DARI PARLIMEN
- MENAKJUBKAN...BESTNYA MUN DI SARAWAK ADA PERUBAHAN
- APA PENDAPAT MEREKA
- JUARA FITNAH
- REALITI NEGARA...
- FAKTA KERAJAAN YANG CEKAP...
- PEMIMPIN DUNIA YANG JATUH TERSUNGKUR..
- MAKSUD TERSIRAT
- RM1,500 BAGAIMANA?
- ANTARA 2 PEMIMPIN
- GELAGAT PEMIMPIN DUNIA
- FAHAMI LAH...
- MEMANG X PATUT...
- KENYATAAN BERCANGGAH..
- ADIL KAH....
- KATA PENUH BERSEMANGAT...
- FIRST LADY....
- CAUTION...4 MALAYSIA GOV
- BANYAK NYA DUIT...SIAPA PUNYA DUIT..RAKYAT?
- MANIFESTO 2 KERAJAAN
- FAKTA DARI AUDIT NEGRA
- Macam x percaya....
- MENTERI UMNO PUN BERUBAH ARAH...apa berlaku
- SIAPA SESAT LAGI MENYESATKAN
-
▼
April
(39)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment